top of page

2022

Activities: Image

Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Bersempena Menyambut Bulan Ramadan 2022 / 1443H

1 April 2022

Alhamdulillah selesai sudah majlis pada kali ini. Semoga dengan adanya majlis ini dapat kita sama-sama memperoleh keberkatan dariNya. Terima Kasih di atas kerjasama yang padu dari warga bahagian.

Activities: Past Events

2021

Activities: Image

Sesi Perkongsian Ilmu BPE

2021

Sepanjang tahun 2021, Bahagian Petunjuk Ekonomi telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu secara maya di peringkat bahagian sebanyak 65 sesi. Pelbagai topik menarik yang telah dikongsi dan dibincangkan oleh setiap anggota BPE. Semoga dengan majlis ilmu sebegini mampu memacu BPE ke arah lebih CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG pada masa akan datang.

Majlis Bacaan Yasin BPE

2021

Majlis Bacaan Yasin telah diadakan pada setiap bulan sepanjang tahun 2021. Majlis ini diadakan secara maya bagi mengelakkan penularan covid-19. Program ini adalah sebagai memenuhi keperluan ke arah pengisian sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan anggota bahagian kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadat yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan harian.

Program Fitdosm BPE

2021

Program Fitdosm yang dianjurkan secara maya oleh Kelab BPE sepanjang tahun 2021 bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan anggota bahagian. Sepanjang tahun 2021, kelab BPE telah mengadakan 10 sesi fitdosm yang melibatkan keseluruhan anggota BPE. Walaupun masih dalam tempoh pendemik, ianya bukanlah penghalang bagi setiap anggota BPE untuk kekal sihat. Ayuh sama-sama kita mencapai gaya hidup sihat. SIHAT ITU RAHMAT.

Activities: Past Events

2020

Activities: Image

Sesi Perkongsian Ilmu BPE

2020

Sesi Perkongsian Ilmu yang dikongsikan oleh anggota Bahagian Petunjuk Ekonomi sepanjang tahun 2020. Semoga dengan majlis ilmu sebegini mampu memacu BPE ke arah lebih CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG pada masa akan datang.

Program Bacaan Yasin BPE

2020

Program Bacaan Yassin di peringkat bahagian sepanjang tahun 2020. Semoga dengan program yang dianjurkan ini mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT.

Activities: Past Events

2019

Activities: Image

Majlis Sekalung Budi BPE

Oktober 09, 2019

Majlis Bacaan Yasin

November 20, 2019

Maggi Cup Challenge 

November 20, 2019

Sahibba Challenge 

Disember 20, 2019

Congkak

Disember 20, 2019

Bingo Challenge

Disember 20, 2019

Majlis Perpisahan Anggota di Funtasi Bangi Hotel

Disember 23, 2019

Activities: Past Events
bottom of page